Monday, 30 June 2014

SALAM RAMADHAN

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sunday, 15 June 2014

PROSES KAUNSELING YANG DIJALANKAN DALAM SESI KAUNSELING INDIVIDU


PROSES KAUNSELING YANG DIJALANKAN DALAM SESI KAUNSELING INDIVIDU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bidang kaunseling merupakan suatu bidang yang sangat murni. Melalui bidang ini, anda akan berpeluang membantu insan dalam membuat keputusan yang tepat. mari kita lihat apakah yang dinamakan proses kaunseling.

Proses kaunseling yang dijalankan ini telah melibatkan beberapa proses yang utama. Proses-proses ini adalah terdiri daripada proses membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, membina matlamat, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan, dan susulan.


Proses membina hubungan
Proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien. 
 
Oleh itu pada tahap ini tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini perlulah mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar klien dapat membuat pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya. 
 
 
Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling. Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.
Menilai situasi dan masalah klien adalah satu proses berterusan . kadang-kadang kaunselor mungkin mahu mengedarkan borang ringkas atau inventori untuk mendapatkan data asas bila kaunselor memulakan kaunseling supaya kemajuannya dapat diukur . Terdapat  dua jenis penilaian:formal dan tidak formal.
Penilaian formal mengandungi pengukuran standard yang memerlukan respon pelajar . Instrumen seperti ini menyediakan norma sebagai bandingan dan membolehkan kaunselor dan klien dapat mendapat idea bagaimana seseorang berbanding dengan orang lain. Instrumen ini boleh berfokus kepada kecerdasan otak ,sikap,nilai ,pencapaian ,minat,kebimbingan ,kemahiran dan kebolehan .
Penilaian formal biasanya mengambil masa yang lebih lama daripada penilaian tidak formal. Data dikumpulkan melalui proses pentadbiran yang disediakan  dan klien kerap merasakan mereka menduduki ujian walaupun hanya inventori minat dan kerjaya.
Ujian dan inventori formalbersifat tidak peribadi dan memerlukan kaunselor yang mahir menginterpretasinya untuk mengurangkan rasa syak wasangka ,terancam dan jarak peribadi yang dihasilkan oleh kebanyakkan instrumennya. Klien telah dibiasakan tentang keadaan ujian dan bagaimana ujian ini digunakan.
Penilaian tidak formalbergantung kepada pemerhatian sendiri ,senarai semak yang mudah atau gerak hati kaunselor . Walaupun penilaian formal seperti ujian piawaian yang boleh memberi maklumat daripada penilaiantidak formal. Kritikan paling besar terhadap penilaian tidak formal ialah penilaian ini kurang kebolehankepercayaan dan keesahannya. Walaupun begitu ,kaunselor yang berpengalaman telah membina satu set norma yang peribadi dan tersendiri untuk membolehkan mereka menggunakan penilaian tidak formal dengan penuh kenyakinan . Sesetengah kaunselor telah membina norma sekolah mereka sendiri
Oleh itu, semasa membina hubungan dengan klien terdapat beberapa kemahiran yang  digunakan bagi membantu klien menghadapi pemasalahannya dan membantu klien kearah penyelesaian yang klien inginkan. Sebagai contoh ayat membina hubungan yang digunakan semasa melaksanakan sesi dengan klien  adalah seperti berikut:
                               I.            Kaunselor : Apa khabar saudari hari ini?
Klien : Baik...

                            II.            Kaunselor : Ohw... . terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling ini. Boleh saya tahu nama saudari?
Klien : Nama saya nur ain. Saya berasal dari pahang.

Pengstrukturan
Pengstrukturan dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi. Tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan ke arah yang sedang dituju.
a) Tujuan kaunseling
Seorang kaunselor perlulah menjelaskan tentang tujuan kaunseling yang dijalan agar dapat membina hubungan dengan klien dan klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi oleh klien. Perkara ini perlu bagi memudahkan kauselor membantu klien dalam membina kemahiran dan penyelesaian masalah. Selain itu juga tujuan kaunseling ini perlu dijelaskan kepada klien adalah untuk memberikan penerangan kepada klien bahawa kaunseling adalah situasi pembelajaran yang boleh memperkembangkan langkah yang lebih efektif dalam menguasai beberapa situasi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh ayat pengstrukturan penjelasan tentang kaunseling yang telah di gunakan dalam sesi kaunseling individu adalah seperti berikut:
                            I.               Kaunselor : Disini ,saya akan menerangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses perhubungan bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang profesional terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertoongan dalam menyelesaikan masalah.
Klien: ya
            b) peranan kaunselor dan klien
Dalam sesi kaunseling ,kita perlu menerangkan kepada klien peranan kaunselor dan   peranan klien supaya klien dpat memahami serba sedikit tentang perjalanan sesi kaunseling yang mereka hadiri. Peranan ini juga diterangkan supaya klien lebih bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakannya. Contoh ayatnya ialah:
               Kaunselor : peranan saya ialah mendengar apa yang ain ingin katakan ,dan eranan ain sebagai klien adalah menceritakan kepada saya dalam masa perjalanan sesi ini yang telah kita tetapkan ,saya juga berharap ain ceritakan adalah cerita yang benar supaya matlamat sesi ini akan berjaya.
               klien :ok
                d) etika kerahsiaan dalam kaunseling
   dalam sesi ini,kaunselor perlu menerangkan etika kerahsiaan kepada klien supaya dapat menarik kepercayaan klien dank lien dapat menceritakan segala apa yang ada dalam hatinya tanpa berselindung .
               kaunselor :  ain tidak perlu risau bahawa apa yang ain sampaikan kepada saya akan diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan menjadi rahsia antara saya dan ain sahaja. Jadi jangan risau bahawa apa yang ain sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh memudaratkan diri ain dan orang lain.
               Klien: baiklah
e) matlamat sesi kaunseling yang telah dijalankan
matlamat sesi kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada masalah klien sama ada ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak dapat ditanggung seorang diri atau menyediakan perubahan tingkah laku.
               Kaunselor :baik ain,matlamat sesi kita kali ini adalah untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang ain hadapi dan segala tindakan atau keputusan yang diambil adalah ditentukan oleh ain sendiri dan ain perlu bertanggungjawab pada keputusan itu dan saya di sini hanya lah sebagai pembimbing.
Klien: baiklah cik. Saya faham.

c) Limitasi.
Limitasi adalah had-had masa yang telah ditetapkan daripada 30 hingga 45 minit. Tetapi sekiranya masalah klien tidak dapat diselesaikan maka kaunselor boleh mengadakan sesi kaunseling pada hari lain mengikut persetujuan antara kedua-dua pihak. Contoh ayat sesi ini ialah :

                          I.            Kaunselor : Sebenarnya sesi kita ini telah berjalan selama 30 minit hingga 45 minit dan sekiranya masalah ain ini kita tidak dapat selesaikan pada hari ini,kita akan mengadakan sesi pada hari lain yang akan kita tetapkan bersama.
Klien : Baiklah
           
 Proses penerokaan
Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Bukan itu sahaja melalui penerokaan ini juga, klien akan membuat penerangan atau pendedahan tentang situasi yang dihadapi olehnya.
Selain itu juga, melalui penerokaan yang dijalankan, klien dapat mengetahui apa yang berlaku terhadap dirinya dan kebiasaannya situasi klien pada waktu ini adalah lebih terpengaruh oleh emosi negatif iaitu yang bermaksud pandangan dan fikiran yang sempit yang menjadikan seseorang itu keliru dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian yang diinginkan olehnya.
Sehubungan dengan itu tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan sokongan  serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan nonverbal. Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap penerokaan merupakan tahap yang penting untuk membantu diri klien bagi menghadapi sesuatu masalah serta memahami masalah tersebut dengan lebih mendalam supaya dapat membantu klien kearah perkembangan yang klien inginkan. Bagi membuat penerokaan yang berkesan,kaunselor perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran penerokaan dengan mengaplikasikan segala kemahiran dan pendekatan yang bersesuaian . Penggunaan kemahiran dan juga teknik adalah berbeza bagi setiap klien. Antar kaedah yang boleh digunakan bagi menerokai masalah ialah kemahiran menyoal. Dalam peringkat ini,soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus ,manakala soalan tertutup hanya digunakan pada situasi sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Contoh kemahiran menyoal ialah:
     Kaunselor : apakah yang ain rasakan dalam situasi sekarang?
      
 Sebagai contoh ayat penerokaan yang  dilakukan dalam proses kaunseling ini adalah seperti berikut:

                                 I.          Kaunselor : kalau begitu ,adakah ain sudah bersedia bagi memulakan sesi ini?(soalan tertutup)
Klien: ya ,saya sudah bersedia
                              II.          Kaunselor :emmm...dari segi gaya dan raut wajah ain,saya dapat rasakan yang ain ada sesuatu yang dipendamkan. Apakah yang mengganggu fikiran ain sebenarnya?
Klien:  sebenarnya,baru-baru ini saya tidak dapat menumpukan perhatian dan tumpuan kepada pelajaran saya kerana pada cuti yang lalu saya pulang ke kampung tiba-tiba ibu mengatakan dia hendak menetapkan jodoh saya dengan sepupu saya yang baru pulang dari nigeria tanpa memberitahu saya terlebih dahulu.


 Mengenal pasti masalah
Mengenal pasti masalah ialah tahap penerokaan yang telah mendorong klien dan kaunselor memahami isu yang dibincangkan.kaunselor perlu meneroka masalah klien sepenuhnya. Kaunselor perlu mengenal pasti masalah pokok dan masalah ranting daripada pernyataan klien bagi memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah itu. Dalam mengenal pasti masalah klien,kaunselor perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada penceritaan klien supaya dapat menentukan masalah utama klien. Selain itu,kaunselor perlu membantu klien menentukan matlamat yang ingin dicapainya dalam mengatasi masalah masalah tersebut. Matlamat yang ditetapkan perlu mengikut kemampuan dan sukarelawan oleh klien daripda matlamat itu. Sehubungan dengan itu terdapat empat faktor dalam membantu individu mengenalpasti dan menangani masalah mereka. Pertama adalah nasihat, kedua adalah kaunseling arahan, ketiga delegasi dan yang terakhir ialah kaunseling bukan arahan. Tahap mengenal pasti masalah ini amat penting kerana melalui tahap inilah kauselor dapat mengetahui masalah yang betul-betul menganggu diri kliennya. Sebagai contoh ayat mengenal pasti masalah adalah seperti berikut?.
                            I.               Kaunselor : Sepanjang kita berbincang tentang diri ain, Pertama tadi ain ada mengatakan yang ain ada masalah dengan pelajaran ain dan yang kedua pula ain telah mengatakan yang ain mempunyai masalah dengan ibu ain. Antara dua masalah ini yang mana betul-betul menganggu diri Ifa?
Klien : masalah dengan ibu yang betul-betul menganggu diri saya buat masa sekarang ini.

Membina matlamat

Matlamat sesi terbina apabila klien dan kaunselor bersetuju membuat definisi masalah klien dengan diakui oleh klien, atau klien sendiri yang membuat pengakuan terhadap matlamat yang diinginkannya sepanjang sesi ini berlansung. Oleh itu kaunselor perlu membuat pengucapan tentang definisi masalah klien dengan diakui oleh klien ataupun klien sendiri yang membuat pengakuan tersebut. Setelah masalah dikenalpasti kaunselor dan klien perlulah bersama-sama membina matlamat kaunseling yang telah diinginkan oleh klien. Matlamat kaunseling yang terbina perlulah dibina berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh klien. Lazimnya ,matlamat kaunseling perlu mengikut kamahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Sebagai contoh ayat yang  telah digunakan dalam proses membina matlamat ini adalah seperti berikut:

                            I.               Kaunselor : ain  rasa ain tahu apa yang ain hendak lakukan
Klien : Ya.
Kaunselor : Jadi disini... apa yang sebenarnya ain mahukan sebenarnya?.
Klien : Kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya kecewa dengan keputusan yang telah dibuat kerana tidak memberitahu saya terlebih dahulu.
Kaunselor : Ohw... ini yang ain inginkan ya.
Klien : Ya.. kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya juga ada perasaan saya sendiri,ibu perlu memberitahu dan bertanyakan pendapat saya  sebelum membuat keputusan yang begitu drastik dalam hidup saya.

Proses semak alternatif
Proses semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada klien. Di sini tugas kaunselor adalah menggalakkan klien membina beberapa alternatif. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Sehubungan dengan itu kaunselor perlulah menggariskan seberapa banyak alternatif yang telah diperolehi daripada klien.
Selepas klien mencadangkan alternatif yang dia mampu untuk lakukan, kaunselor perlulah menghuraikan dan menilai setiap alternatif dengan mengambil kira kesan positif dan kesan negatif, kebaikan dan keburukan daripada pelaksanaan alternatif yang ingin dilakukan. Selepas itu jika klien merasakan pemilihan yang dibuatnya adalah terbaik, nilai semula alternatif yang telah dipilih oleh klien tersebut dan jika alternatif ini klien rasa boleh membantu klien menyelesaikan masalah klien akan menggunakan alternatif ini bagi menyelesaikan masalah yang telah dihadapinya selama ini.
Sehubungan dengan itu, bagi menyemak alternatif yang dibuat. Strategi yang terperinci perlulah dilakukan agar jalan penyelesaian yang dipilih oleh klien betul-betul dapat membantu dirinya. Strategi pertama yang boleh dilakukan bagi membantu klien ialah dengan menghuraikan setiap alternatif yang telah dibuat oleh klien. Selepas itu, setiap alternatif yang diambil perlulah diwujudkan langkah bagi mencapai alternatif tersebut. Apabila langkah telah diwujudkan, setiap langkah itu perlulah dinilai daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi. Strategi terakhir sekali ialah kaunselor perlulah membantu klien mewujudkan cara bagi mengatasi halangan dan risiko daripada langkah yang ingin dilakukan oleh klien. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan dalam proses menyemak alternatif klien adalah seperti berikut:
                        I.                   Kaunselor : kalau begitu,apakah agaknya yang ain rasa,tindakan yang boleh ain lakukan?
Klien : saya rasakan,saya hendak berterus terang secara baik dengan ibu saya  ,bahawa saya mahu jodoh plihan saya sendiri. Lagipun saya tahu ibu memang sayangkan saya sebab selama ini pun saya tidak pernah ingkar perintahnya.

                     II.                   Kaunselor : ya...emmmm...(sambil menggangguk sedikit).
Klien : betul juga kan?.

                  III.                   Kaunselor : ya,(sambil mengangguk). Selain itu,apa lagi cara lain yang ain rasa ibu ain akan dapat terima keputusan ain itu?
Klien : kali ini saya rasa,saya memang nekad. Saya hendak bawa teman lelaki saya itu datang berjumpa ibu dan mengambil hati ibu serta beramah mesra dengan ibu. Dan saya akan berkata kepada ibu yang saya mahu beri tumpuan kepada pelajaran saya dahulu. Lepas belajar baru saya fikirkan hal tersebut. Selain itu juga,saya hendak buktikan kepada ibu,yang saya pasti berjaya dengan cemerlang tanpa ada ikatan pertunangan.


 Proses mengambil tindakan.
Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Oleh itu, sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat kegagalan selepas klien membuat tindakan, klien perlulah menyemak semula pelan tindakannya tersebut bagi membina pelan tindakan yang lebih menarik dan lebih realistik untuk dicapai olehnya.
     Oleh itu, bagi membentuk pelan tindakan yang berjaya, pelan tindakan tersebut perlulah mencapai limitasi klien dan keupayaan, realistik dan boleh dicapai. Bukan itu sahaja pelan tindakan tersebut perlulah mudah difahami dan “fleksible” bagi menghasilkan tindakan yang positif dan boleh dilakukan sendiri oleh klien. Di samping spesifik dan konkrit, aspek melibatkan aktiviti-aktiviti pemusatan insan dan boleh diulang-diulang adalah merupakan langkah sebelum klien membuat keputusan bagi menilai samaada realistik, boleh dicapai atau refleksi terhadap apa yag klien inginkan. Selepas pelan telah dilaksanakan ke atas dunia realiti, penilaian perlulah dilakukan sekali lagi supaya tiada sebarang masalah yang timbul hasil daripada pengaplikasian tersebut. Perkara yang terakhir sekali ialah bagi memperkembangkan pelan tindakan pelbagai kos dan faedah perlulah dibincangkan agar strategi telah termasuk perbincangan terhadap risiko dan peluang untuk berjaya.
Sehubungan dengan itu apabila klien sudah bertekad untuk melakukan pelan tindakan, klien adalah digalakkan untuk melihat nilai bagi tingkah laku baru yang ingin dicuba melalui “role play, imagery, behavioural carting, and progres notes, serta homework” perlulah dilakukan dengan membuat kontrak. Dengan cara ini, klien sentiasa melihat pencanggahan apa yang dia ingin dan apa yang dia mahu lakukan. Kontrak yang dibuat ini berguna sebagai rangka rujukan klien untuk menilai hasil sesi. Sehubungan dengan itu, perbincangan yang dilakukan adalah lebih berfokus bagi melihat adakah kontrak dapat membantu dan apakah moditifikasi yang dapat dijalankan. Sebagai contoh ayat yang saya telah gunakan dalam proses mengambil tindakan adalah seperti berikut:


 Proses penamatan.
Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlansung antara kaunselor dengan klien. Namun begitu, tindakan ini janganlah dibuat secara mengejut, kaunselor perlulah memberikan peluang untuk klien lebih bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Sehubungan dengan itu, sebelum sesebuah penamatan itu berlansung, matlamat kaunseling perlulah dicapai oleh klien dan klien selesa dengannya. Oleh itu rumusan menyeluruh tentang proses kaunseling perlulah dibuat oleh kaunselor agar klien labih nampak dan jelas tentang apa isu yang telah dibincangkan dalam sesi.
     Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional serta saya rasa penamatan telah memantapkan perubahan sedia ada yang telah dicapai dan menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang telah diperolehi. Bagi masa penamatan pula, sesuatu penamatan yang dibuat adalah tidak mempunyai jawapan yang jelas, oleh itu penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian diri klien tersebut samaada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau tidak. Proses penamatan sesi boleh dibahagikan kepada dua ,iaitu:

1)      Penamatan sesi untuk sesi lanjutan
Setiap sesi kaunseling pada kebiasaannya mengambil masa 45 hingga 60 minit  seorang kaunselor sentiasa menggalakkan klien bercerita masalah dalam lingkungan masa yang ditetapkan . lebih kurang 5 minit sebelum sesi ditamatkan ,kaunselor perlu mengingatkan klien akan tempoh masa yang masih ada. Peringatan ini akan memfokuskan isu yang pentinG.


2)      Penamatan sesi kaunseling keseluruhan.
Penamatan proses kaunseling adalah peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan dapat mengendalikan masalah yang dihadapi secara sendirian. 
Sebagai contoh ayat yang telah digunakan bagi melakukan proses penamatan adalah seperti berikut:

                                        I.            Kaunselor: saya rasa ain dah dapat langkah untuk menyelesaikan pemasalahan ain. Oleh itu sebelum saya tamatkan sesi saya, sebelum itu saya hendak memberikan ain “homework” dimana ain kena senaraikan langkah-langakah alternatif lain yang dapat membantu diri ain dalam menghadapi penyelesaian antara ain dengan ibu ain.
Klien : baiklah.

Proses susulan

Susulan adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien inginkan. Susulan amat penting kerana dapat meneguhkan dapatan klien yang berlaku dalam proses kaunseling dan boleh membantu kaunselor dalam menilai semula pengalaman sesi yang mereka telah jalani. Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennnya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.
Selain itu juga, susulan juga boleh dilakukan dalam 4 bentuk. Pertama ialah menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan. Kedua adalah melalui telefon, dimana klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal. Ketiga pula ialah kaunselor menghantar surat kepada klien dan bertanyakan perkembangan yang terkini dan yang terakhir sekali adalah kaunselor menghantar soal selidik klien berkenaan dengan tahap kefungsian mereka kini menerusi pos. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini bahawa susulan amat membantu jika klien diselia kemajuannya melalui penggunaan graf dan carta dan klien bersetuju susulan diakhir sesi, akan berlaku “self monitoring” yang memberikan klien tentang bukti dan kemajuan celik akal yang konkrit terhadap keperluannya. Sebagai contoh ayat yang  telah digunakan dalam proses susulan ini adalah seperti berikut.

                                 I.              Kaunselor: nampaknya masa sudah tamat ain,adakah ain selesa jika kita berhenti di sini? Ataupun mungkin ada lagi perkara yang ingin ain kongsikan lagi bagi mengurangkan bebanan emosi ain.
Klien : ain rasa cukuplah setakat ini . dengan alternative penyelesaian ini ain yakin ini dapat diselesaikan .
Kaunselor:  Jika begitu saya tamatkan sesi saya ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada ain kerana sudi berjumpa dengan saya untuk kongsikan masalah ain dengan saya.
Klien : Sama-sama.

15 ASAS KEMAHIRAN KAUNSELING

15 Kemahiran Asas Kaunseling

15 Kemahiran Asas Kaunseling
 

 


 
 
 
  1. Tingkahlaku Memberi Perhatian
  2. Kemahiran Mendengar
  3. Kemanhiran Menyoal
  4. Kemahiran Memahami
  5. Kemahiran Berempati
  6. Refleksi Idea
  7. Refleksi Perasaan
  8. Interpretasi
  9. Pendedahan Kendiri
  10. Pemparafrasaan
  11. Konfrontasi
  12. Pemberian Nasihat
  13. Kesenyapan
  14. Kemahiran Ketika ini (Immediacy)
  15. Membuat Rumusan

9 CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

9 Ciri-ciri pelajar cemerlang

9 Ciri-ciri pelajar cemerlang
 
 
 
 Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.

Pelajar Cemerlang
 Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.


Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
 
 
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.


Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 


Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 


Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.


Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

Sumber : http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-pelajarcemerlang.html