PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
Falsafah PRS
“Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain”
Prinsip PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal
Peranan PRS
· Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
· Sebagai khidmat sokongan dalam membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
· Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
· Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.
Etika PRS
Anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu:
· Amanah dan menyimpan rahsia.
· Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
· Memahami batasan dan keupayaan diri.
· Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
· Melaporkan kepada kaunselor tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
· Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
· Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
Visi PRS
Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya yang disegani di sekolah dan di persada dunia
Misi PRS
Berusaha memajukan diri dan orang lain supaya cemerlang dari segi sahsiah, tingkah laku serta berilmu pengetahuan.
PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
BOLEH
|
TIDAK BOLEH
|
Pemudah cara dalam kedaan terbuka, penuh kepercayaan, rasa selesa dan empati.
|
Mengawal, berkhutbah, berleter atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
|
Menerima rakan secara terbuka tanpa menghukum atau mengukur
|
Membuat kesimpulan awal dan cuba mencari jalan mengubah mereka.
|
Mendengar,menjelas, membantu rakan
|
Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian supaya diikut oleh rakan.
|
Mematuhi etika kerahsiaan
|
Bercerita kepada orang lain tentang dapatan hasil dari perbualan dengan rakan yang ditolong.
|
Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi dan bukan semua orang ingin dirinya dibantu.
|
Mengharap semua persoalan dan masalah boleh diatasi dengan segera.
|
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah seharian yang biasa.
|
Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi yang mendalam
|
Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalak mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka boleh belajar melalui pengalaman.
|
Bertindak menolong menyelesaikan masalah rakan.
|
Merujuk kes yang berat kepada guru kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru kaunseling atau orang lain yang sesuai.
|
Menghadapi sendiri masalah rakan yang meruncing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
|
Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
|
Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain.
|
Tidak mengambil kesempatan untuk tujuan peribadi ke atas rakan yang memerlukan bantuan.
|
Menggunakan kelemahan rakan untuk kepentingan diri.
|
Tidak mengadakan sesi pertemuan sewenang-wenangnya.
|
Mengadakan temu janji tanpa rekod atau secara sembunyi.
|
boleh saya tahu rujukan dari mana??
ReplyDeletescribd
DeleteThis good for information
ReplyDeletesalah jeeeee keeeeerhh
ReplyDeleteBismillah
ReplyDeleteBismillah
ReplyDeleteingat amin