Saturday, 5 September 2020

KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN

 

KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN

Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.

Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.

Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka.

Rata-rata pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan menyatakan antara rahsia kejayaan mereka termasuk mempunyai perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik.

kajian yang telah dijalankan oleh Gall M.D. dan rakan-rakan (1990) bertajuk `Tools for Learning’ menyatakan kemahiran belajar boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sekolah.

Zimmerman dan Pang (1986) menyatakan bahawa penggunaan kemahiran belajar yang sistematik adalah faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.

Berasaskan fakta di atas menunjukkan proses pembelajaran melibatkan pancaindera sama ada otak sebagai agen kognitif, aspek perasaan (kognitif) dan sebagainya. Justeru itu, proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domain utama iaitu domain audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor di mana penulis namakan sebagai kemahiran belajar 5 domain. 5 Domain perlu dilibatkan dalam proses pembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan para pelajar.

 

5.1 DOMAIN AUDIO

Domain audio adalah yang menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengar maklumat yang diperolehi. Dalam proses pembelajaran secara asasnya semua pelajar akan menggunakan domain ini. Sama ada berkesan atau tidak pendengaran ini adalah bergantung kepada domain-domain yang lain. Sepanjang pembelajaran para pelajar sama ada domain ini digunakan sepenuhnya adalah sukar untuk ditentukan. Ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gangguan persekitaran yang ada. Ini menunjukan proses pembelajaran tidak boleh hanya bergantung kepada domain audio sahaja.

 

5.2 DOMAIN VISUAL

Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa sahaja aktiviti visual akan membawa kepada kefahaman yang nyata. Kefahaman yang nyata bermaksud bukannya yang berbentuk khayalan atau imaginasi. Apa yang dilihat adalah sangat penting. Perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa dengan hanya menggunakan domain visual, pelajar masih tidak dapat menguasai dan memberi tumpuan terhadap apa yang diajar ?. Ini menunjukan kepentingan keterlibatan domain yang lain yang boleh mengukuhkan terhadap proses mendapat maklumat.

 

5.3 DOMAIN KOGNITIF

Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu (Ramlah Jantan, 2002). Ianya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehi pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Didalam proses pembelajaran domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, para pelajar biasanya agak sukar untuk dilibatkan secara maksima. Ia akan menjadi sukar sekiranya pengajaran dan pengajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.

 

5.4 DOMAIN AFEKTIF

Domain afektif adalah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitiviti dan persepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengah matapelajaran adalah susah dan sukar. Ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar akan semakin menurun. Justeru itu, domain afektif bagi mewujudkan sesi pembelajaran sebagai senang dan menyeronokan akan banyak membantu pelajar untuk minat belajar. Justeru itu, pendekatan kemahiran belajar 5 domain cuba diketengahkan oleh penulis bagi menarik minat pelajar untuk belajar.

5.5 DOMAIN PSIKOMOTOR

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan strategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya melibatkan domain psikomotor.

 

perkongsian info: http://pusaka02.blogspot.com


Monday, 30 January 2017

2017

Selamat tahun baru 2017
Sangat lama tak updated maklumat dalam blog ni!!
Dengan harapan tahun ni nk lebih bersemangat dan rajin
Untuk updated maklumat..kipidap UBK SAINA 2017


Tunggu info terkini tentang program yg telah dilaksanakan serta sedang
Dalam perancangan!!

#UBKsaina2017
#teruskanKECEMERLANGAN

Tuesday, 18 August 2015

MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PEMASYHURAN SPM 2014




LAPORAN KEGIATAN /AKTIVITI
 


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN
TAHUN : 2015


BIL.
PERKARA
MAKLUMAT
1.
Tajuk  Program/Aktiviti:
MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PEMASYHURAN SPM 2014
2.
Objektif Program/Aktiviti:
Memberi penghargaan kepada pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan SPM 2014
3.
Tarikh Program/Aktiviti:
3 Mac 2015
4.
Tempat Program/Aktiviti:
Dewan Seri Angsana
5.
Penyertaan:
-

i. Bilangan Pegawai Terlibat:
-

ii. Bilangan Guru Terlibat:
Semua guru tingkatan 5

iii. Bilangan Pelajar Terlibat:
Semua Pelajar lepasan SPM 2014 dan PIBG

iv. Bilangan SBP Terlibat:
-

 v. Bilangan Sekolah  Kluster Terlibat:
-

6.
Perbelanjaan (Kos):
Pukat 5

7.
Impak  Program/Aktiviti:


Kekuatan:
Merangsang pelajar agar lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kelemahan
-

Penambahbaikan
-
8.
Rumusan Program / Aktiviti
Keseluruhan program berlangsung dengan baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

TEMUDUGA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TINGKATAN 2




LAPORAN KEGIATAN /AKTIVITI
 


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN
TAHUN : 2015


BIL.
PERKARA
MAKLUMAT
1.
Tajuk  Program/Aktiviti:
TEMUDUGA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TINGKATAN 2
2.
Objektif Program/Aktiviti:
Pemilihan PRS berkualiti selaras dengan misi dan visi sekolah.
3.
Tarikh Program/Aktiviti:
5 Februari 2015
4.
Tempat Program/Aktiviti:
Kelas 2E dan bilik UBK
5.
Penyertaan:


i. Bilangan Pegawai Terlibat:
-

ii. Bilangan Guru Terlibat:
 3 ORANG

iii. Bilangan Pelajar Terlibat:
15 ORANG

iv. Bilangan SBP Terlibat:
-

 v. Bilangan Sekolah  Kluster Terlibat:
-

6.
Perbelanjaan (Kos):
-

7.
Impak  Program/Aktiviti:


Kekuatan:
Memilih PRS yang menepati ciri sebagai pemimpin pelajar.

Kelemahan
-

Penambahbaikan
-
8.
Rumusan Program / Aktiviti
Pemilihan sebegini perlu diteruskan melalui penglibatan pegawai yang lebih berpengalaman.

MAJLIS SILATURRAHIM TINGKATAN 4 DAN AMBILAN KEDUA TINGKATAN 1




LAPORAN KEGIATAN /AKTIVITI
 


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN
TAHUN : 2015


BIL.
PERKARA
MAKLUMAT
1.
Tajuk  Program/Aktiviti:
MAJLIS SILATURRAHIM TINGKATAN 4 DAN AMBILAN KEDUA TINGKATAN 1
2.
Objektif Program/Aktiviti:
1.      Membolehkan pelajar-pelajar baru memahami dan menghayati budaya SAINA.
2.      2. Membentuk kumpulan pelajar yang benar-benar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
3.      Mendidik pelajar untuk mengamalkan peraturan sekolah.
4.      Membentuk disiplin pelajar.
5.      Mewujudkan perpaduan dikalangan pelajar yang pelbagai latar belakang budaya.
3.
Tarikh Program/Aktiviti:
25 – 28 FEBRUARI 2015
4.
Tempat Program/Aktiviti:
SM SAINS POKOK SENA
5.
Penyertaan:


i. Bilangan Pegawai Terlibat:
-

ii. Bilangan Guru Terlibat:
Semua guru tingkatan 4

iii. Bilangan Pelajar Terlibat:
Rujuk senarai nama pelajar

iv. Bilangan SBP Terlibat:
-

 v. Bilangan Sekolah  Kluster Terlibat:
-

6.
Perbelanjaan (Kos):
PUKAT 4

7.
Impak  Program/Aktiviti:


Kekuatan:
Berdasarkan reaksi dan perubahan tingkahlaku peserta khususnya personaliti dan keterampilan sepanjang berlangsungnya program adalah positif selaras dengan objektif program.

Kelemahan
-

Penambahbaikan
-
8.
Rumusan Program / Aktiviti
Program ini memberi ruang dan masa kepada pelajar baru dalam menyesuaikan diri ditempat baru dengan harapan agar berupaya menjadi warga SAINA yang unggul.