Sunday 24 August 2014

KURSUS KEPIMPINAN ALAM SEKITAR – BIOMARIN SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014








BIL.
PERKARA
MAKLUMAT
1.
Tajuk  Program/Aktiviti:
KURSUS KEPIMPINAN ALAM SEKITAR – BIOMARIN SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
2.
Objektif Program/Aktiviti:
-Memberi pendedahan tentang bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Bio Marin
-Mendedahkan para pelajar tentang kehidupan dasar laut
-Menambah pengalaman serta ilmu pengetahuan tentang alam sekitar
-Merapatkan ukhwah antara sesama pelajar
3.
Tarikh Program/Aktiviti:
10 – 13 Ogos 2014 (Ahad-Rabu)
4.
Tempat Program/Aktiviti:
Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu Pulau Bidong
5.
Penyertaan:


i. Bilangan Guru Terlibat:
  -

ii. Bilangan Fasilitator Terlibat:
  -

iii. Bilangan Pelajar Terlibat:
1.      MOHAMMAD ASYRAF B MOHD ZANBRI      4 EXCELLENT
2.      SITI SYAHRIAH BT AHMAD           
     4 ATTENTIVE

iv. Bilangan SBP Terlibat:
             68 buah sekolah

 v. Bilangan Sekolah  Kluster Terlibat:


6.
Perbelanjaan (Kos):
   -2 orang (RM 80)

7.
Impak  Program/Aktiviti:


Kekuatan:
-Dapat menggunakan peralatan scuba , diving dan aktiviti laut.

Kelemahan
-Terdapat aktiviti yang tidak sempat dijalankan

Penambahbaikan
-Menambahkan lagi aktiviti yang berkaitan laut.
8.
Rumusan Program / Aktiviti
-Kami berharap dengan aktiviti ini dapat memberikan impak yang besar kepada rakan –rakan di sekolah

30 TIPS HEBAT UNTUK HIDUP YANG INDAH!


1. Ambil 10-30 minit berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.
2. Duduk dalam diam (bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.
4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.
5. Minum air dengan banyak.
6. Cuba untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.
7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga anda pada perkara-perkara yang positif.
8. Bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak.
9. Hidup ini adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.
10. Hidup ini terlalu singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!
11. Jangan terlalu serius pada diri sendiri. Relaks.
12. Anda tidak perlu menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.
13. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.
14. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain.
15. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri.
16. Jangan mengulangi kesilapan masa lampau.
17. Bantu golongan yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.
18. Apa yang orang lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!
19. Masa yang akan menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.
20. Walau baik atau buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.
21. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.
22. Hasad dengki adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!
23. Setiap malam sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda telah capai pada hari tersebut!
24. Ingatlah bahawa hidup anda sangat diberkati.
25. Memaafkan diri sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.
26. Fikirkan yang baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.
27. Bersyukur untuk semua perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.
28. Sentiasa gembira dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.
29. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
30. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda.

12 CARA MEMBENDUNG RASA NEGATIF



Emosi kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan di tangan kita. Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak lebih manis dan tenang.Malah, ada orang menyifatkan kegembiraan itu macam rama-rama cantik, mampu menyenangkan hati sesiapa yang memandang.Walaupun ada kajian menunjukkan kebolehan untuk gembira banyak disumbangkan oleh faktor genetik, ramai penyelidik percaya perasaan positif, khususnya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal serta membendung perasaan negatif seperti pesimis, geram dan marah.Apabila perasaan negatif dapat dikawal, baru perasaan positif seperti empati (kebolehan meletakkan diri dalam kedudukan atau keadaan orang lain), ketenangan dan kesyukuran boleh dipupuk dan dirangsang.

Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri dengan hati terbuka. Usah jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai perbandingan yang menyebabkan kita rendah diri kerana ia anugerah terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.Keselesaan ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan fikiran.

Ada kajian menunjukkan individu yang gembira hidup sembilan tahun lebih lama berbanding golongan yang kerap tertekan dan murung. Untuk mendapat hidup bahagia dan gembira, kita kena berusaha mencarinya kerana kegembiraan tidak datang bergolek depan mata.


ANTARA STRATEGI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK GEMBIRA IALAH:
l. Pilih untuk gembira — Pilihan ini ada di tangan setiap orang dan jadikan ia sebagai sasaran setiap hari. Bagaimanapun, perasaan gembira bukan datang begitu saja kerana sumbernya perlu dicari dan dipelajari.Antaranya ialah belajar kemahiran mengurus diri, kebolehan berinteraksi dengan baik dan perkara yang boleh meningkatkan prestasi kerja.
Pilih untuk ada di persekitaran atau berkawan dengan orang yang bersikap positif serta mampu membuat anda gembira. Menurut pensyarah psikologi Universiti Virginia, Profesor Jon Haidt, untuk tenang, seseorang boleh memilih sama ada mahu menjadi pemaaf atau seorang yang selalu bersyukur dan berterima kasih.
2. Pupuk perasaan syukur — Kesyukuran ini perlu hadir dalam hati dan bukan hanya pada kata-kata. Lumrah manusia sering membandingkan diri sendiri dengan orang yang ada pelbagai kelebihan daripada pelbagai sudut.
Memang tidak salah jika ia dijadikan penguat semangat untuk berusaha, tetapi jika ia menjadi punca kesedihan, langkah terbaik ialah menyenaraikan kelebihan dimiliki seperti kasih sayang keluarga, suami, anak, makanan, tempat tinggal mahupun persekitaran.
 3. Amalkan sifat pemaaf — Penyelidik berpendapat berfikiran negatif, memendam kemarahan dan sentiasa memikirkan keburukan orang lain memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini ialah memaafkan kesilapan orang lain pada kita. Ini mengurangkan ingatan kita terhadap insiden pahit yang boleh merangsang perasaan marah.
Sebaliknya, kaji pendapat orang lain yang mungkin ada benarnya; walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan. Kenang semula perasaan anda apabila mendapat kemaafan daripada orang lain dan kebaikan yang lahir daripadanya. Apabila sudah memaafkan, berusaha melupakan kenangan kurang manis dan elak mengungkitnya semula.

4. Lawan pemikiran negatif — Pemikiran negatif umpama sampah dalam otak. Kita perlu belajar mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal dan dibuang. Contohnya, apabila nampak seseorang yang dikenali, anda mungkin terfikir perkara negatif mengenainya, tetapi ini adalah pemikiran yang boleh merosakkan persahabatan.
Yang perlu dilakukan ialah menepis pemikiran negatif tadi dan cari sifat positif yang dimiliki rakan berkenaan. Tidak kira berapa benci atau meluat pun kita pada seseorang, pastinya dia sebagai manusia ciptaan Tuhan (yang sama seperti kita) mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri.
5. Tambah sahabat — Antara penawar kesedihan ialah mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat mengenai anda. Kajian di Australia mendapati, warga emas berusia 70 tahun ke atas yang ada ramai sahabat hidup lebih lama dan gembira.
Sesetengah pakar psikologi percaya senario kehidupan sekarang yang bersifat individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan yang berlaku di seluruh dunia. Ketiadaan kawan untuk meluahkan masalah menyebabkan ramai buntu fikiran hingga sanggup melakukan pelbagai tindakan nekad, termasuk membunuh diri.
6. Kegembiraan ada di keliling kita dan biasanya ia datang dalam bentuk kecil — Contoh paling mudah ialah menghadiahkan senyuman kepada orang lain, termasuk yang tidak dikenali, tanpa mengharapkan balasan. Pergerakan yang menggunakan beberapa otot di muka ini ada ‘khasiat’ kerana ia secara automatik membuat anda senang hati.

7. Sentiasa berbuat baik — Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang diberi, ia boleh membuatkan si penerima dan pemberi bantuan gembira. Jika tekanan boleh merangsang penyakit, penyelidik percaya kegembiraan memiliki ‘kuasa’ yang boleh melindungi kita daripada masalah kesihatan. Orang yang gembira berasa lebih yakin dengan keupayaan diri dan ia diakui menjadi ‘vitamin’ kepada sistem imun badan yang boleh mempercepatkan kadar penyembuhan.Ini sebabnya di kebanyakan hospital, terutama di luar negara, ada kumpulan sokongan bagi pelbagai masalah kesihatan.
Kumpulan sokongan ini membabitkan pesakit, bekas pesakit, ahli keluarga, rakan dan kakitangan perubatan yang berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit dihidapi.Ia penting supaya pesakit kuat semangat dan percaya mereka boleh sembuh. Semangat dan kepercayaan ini sebenarnya ada pengaruh besar kepada pesakit kerana ia membuatkan badan memberi tindak balas lebih baik terhadap ubat.
8. Sertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan — Pilih aktiviti yang sesuai dengan minat anda, tetapi lebih baik jika ia turut memberi manfaat kepada orang lain dan persekitaran. Contohnya menyertai badan kebajikan, menjadi sukarelawan sama ada untuk membantu mangsa bencana mahupun memulihara alam sekitar. Melalui cara ini kita bukan saja menambah kenalan, tetapi turut belajar banyak perkara baru.
Tanpa anda sedari, proses belajar perkara baru dan bagaimana berdepan halangan boleh membantu minda menjadi lebih cerdas.Malah, banyak kajian menunjukkan aktiviti yang mencabar minda ini boleh melindungi kita daripada pelbagai penyakit kemerosotan ingatan seperti dementia dan Alzheimer.
9. Wang bukan segala-galanya — Memang betul wang boleh merangsang kegembiraan, tetapi bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang. Walaupun kajian menunjukkan penduduk di negara kaya lebih gembira berbanding penduduk negara miskin, tetapi apabila sudah memiliki rumah, makanan, pakaian dan segala keperluan lain, mempunyai banyak wang tidak membuatkan seseorang jadi lebih gembira, kata penyelidik Universiti Princeton, Profesor Daniel Kahneman.

10.Jangan lokek dengan pujian — Masyarakat kita memang lokek memberi pujian, terutama pada anak dan ahli keluarga, sedangkan ia boleh merangsang banyak perkara baik, kata Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh.Pujian ke atas perkara kecil, terutama keupayaan orang lain — contohnya apabila anak mengemas alat permainannya — bukan saja boleh memberi kesan positif kepada individu yang dipuji, tetapi turut membuatkan anda berasa senang hati.
Bagaimanapun, pujian biar ikhlas dan kena pada tempatnya. Pekerja berasa lebih gembira dan bersemangat apabila mendapat pujian daripada ketua atau majikan. Pujian seringkas ‘bagus atau baik’ sudah memadai. Ia tanda penghargaan yang boleh merangsang semangat pekerja untuk berusaha lebih baik dan bersungguh-sungguh.
11. Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka — Ia membolehkan kita berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan lebih baik. Ketenangan ini bagaimanapun perlu dipelajari dan diamal. Memang ia tidak mudah, tetapi tiada yang mustahil sebelum dicuba.l Dekatkan diri dengan agama. Tidak kira apa juga fahaman yang anda anuti, kepercayaan terhadap Tuhan memang diakui meningkatkan keyakinan dan ketenangan fikiran seseorang.
Ketua Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Muhamad Husaain Habil, pernah berkata antara ubat paling mujarab untuk menghilangkan tekanan fikiran ialah sembahyang dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Jadi apabila setiap kali berasa susah hati atau sedih, ingat bahawa kita ada Allah yang sentiasa mendengar keluhan dan rintihan hamba-Nya.
12. Bersenam — Senaman bukan saja baik untuk badan, tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan bagi jangka pendek dan panjang. Apabila bersenam, kita lebih segar dan tenang. Kajian membuktikan senaman mampu mengurangkan kemurungan pada semua peringkat umur dan kesannya lebih baik jika individu bermasalah turut mendapatkan rawatan perubatan.
Bahkan, ada penyelidik mendapati senaman boleh menjadi sebahagian ‘rawatan’ penting untuk pelbagai jenis masalah seperti keresahan, rasa rendah diri, isu berat badan dan ketagihan. Ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal; selain membuka peluang berinteraksi dan bersosial dengan orang lain yang turut bersenam bersama.
http://syuhadabaharudin.com/wp-content/uploads/2013/06/images-1-.jpg


Saturday 23 August 2014

WARNA DALAM HIDUP KITA

ERTI WARNA


Warna ternyata bisa bicara banyak mengenai karakter, watak, sifat dan kepribadian seseorang. Warna pakaian yang Anda pilih ternyata menyampaikan pesan pada orang di sekeliling. Pesan itu bisa berarti menyejukkan, menggoda, gembira, atau menakutkan. Beberapa contoh psikologi warna dalam kehidupan sehari-hari misalnya, petugas keamanan yang memakai warna biru tua menyampaikan pesan berwibawa dan berkuasa, juru rawat yang memakai seragam warna hijau pupus menyiratkan kesan tenang dan damai. 

Warna Hangat

MERAH
Merah adalah warna yang punya banyak arti, mulai dari cinta yang menggairahkan hingga kekerasan perang. Warna ini tak cuma mempengaruhi psikologi tapi juga fisik. Penelitian menunjukkan menatap warna merah bisa meningkatkan detak jantung dan membuat kita bernapas lebih cepat. Serta mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah. Warna ini mempunyai pengaruh produktivitas, perjuangan, persaingan dan keberanian serta kuat, berani, percaya diri, gairah, ketidaksabaran, kemarahan, peringatan dan bahaya.

Sifat dan karakter cowok penyuka Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemauan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemauan keras, penuh gairah, dominasi, jantan.

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Merah
Termasuk tipe yang sangat berwibawa dan juga senang mengayomi teman yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi wanita tersebut bisa menahan diri. Banyak pria mengatakan cinta, tapi mereka selalu berpikir dan berpikir lagi. Wanita ini termasuk tipe yang sulit jatuh cinta.

Kapan dipakai warna merah: Ini adalah warna yang dinamis dan dramatis. Bila dipakai dalam dunia profesional memiliki kesan yang sangat kuat. Tapi jangan gunakan baju merah saat wawancara kerja. "Warna ini bisa menimbulkan konflik saat negosiasi”. Kenakan warna merah hanya sebagai aksen, misalnya kamisol merah yang dipadankan dengan blazer abu-abu.

PINK
Warna ini melambangkan romantisme. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka. Warna ini memiliki arti Cinta, kasih sayang, kelembutan, feminim. Warna yang disukai banyak wanita ini menyiratkan sesuatu yang lembut, bahagia dan menenangkan, tapi kurang bersemangat, ketidakdewasaan dan membuat energi melemah.

Sifat dan karakter cewek penyuka warna PINK
Sekilas saja, sepertinya kita sudah tau bahwa tipe cewek seperti ini sangat ceria, senang bergaul dan cenderung suka bermanja-manja (terutama pada orang yang dicintainya). Dia menyukai hal-hal yang berbau romantis.

Kapan dipakai warna pink: Bila ingin memberi kesan lebih sensual, jangan gunakan warna ini. Warna pink yang lembut cocok untuk acara kencan yang romantis, bukan menggairahkan.

KUNING
Warna ini melambangkan sifat kegembiraan, muda dan sifat spontan yang eksentrik serta dapat membangkitkan vitalitas system syaraf dan dapat meningkatkan kecerdasan anak. Warna ini juga mempunyai sifat : Leluasa dan santai, Toleran, Investigatif, Menonjol, senang menunda-nunda masalah, tidak bertanggung jawab, penakut, Berubah-ubah tapi penuh harapan, dermawan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Warna kuning akan meningkatkan konsentrasi, itu sebabnya warna ini dipakai untuk kertas legal atau post it. Kuning juga merupakan warna persahabatan.

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Kuning
Memiliki optimisme yang tinggi, tipe periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang loyo. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri wanita penyuka warna kuning, karena menolong merupakan suatu kewajiban mutlak baginya. Tipe cewe seperti ini cenderung memiliki kepekaan sosial yang tinggi dan  tidak pernah meremehkan siapapun juga, walaupun seseorang itu dungu atau bloon.

Kapan dipakai warna kuning: Banyak orang yang kurang pede memakai warna ini karena takut terlihat mencolok. Padahal warna kuning hadir dalam berbagai variasi, mulai dari pastel hingga kuning cerah. Bila Anda tak nyaman dengan busana warna ini, padankan dengan sesuatu yang Anda sukai, misalnya tas bunga-bunga warna kuning.

ORANGE
Warna orange mempunyai arti kehangatan, kepercayaan, keakraban, keberanian, keramahan. Warna ini juga dapat berarti ketidaktahuan.

EMAS
Warna emas mempunyai arti berharga, kekayaan, tradisional, kemakmuran, pemimpi dan ketamakan.

Warna Sejuk

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme. Biru juga mempunyai arti kesetiaan, keheningan, keamanan, mencintai, percaya, sensitif dan bisa diandalkan. "Biru memiliki arti stabil karena itu adalah warna langit.” Meski langit kelabu dan akan hujan, kita tahu di atas awan-awan itu warna langit tetaplah biru.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam, kejantanan, kedinginan dan ketakutan. Sifatnya: Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran, menenangkan, imajinatif. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap, terisolasi, menimbulkan rasa malas.

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Biru
Termasuk dalam tipe cewe pemurung, tidak terlalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Mendambakan ketenangan dan ketentraman. Selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karena mereka pintar dalam menyembunyikan perasaan. Memang ciri cewe yang tertutup banget

Kapan dipakai warna biru: Biru tua lebih cocok untuk acara formal atau seragam, sementara biru muda untuk yang sifatnya non formal. "Untuk memberi kesan humor dan kreatifitas, cobalah campuran warna biru dan ungu."

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, Kesejukan, keberuntungan, kesehatan, ketabahan dan ketenangan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain, kesalahan, iri hati, kecemburuan, kekacauan. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

Hijau juga melambangkan alam, kehidupan, dan simbol fertilitas/kesuburan. Para pengantin di abad 15 menggunakan gaun pengantin berwarna hijau.

Ada satu peristiwa unik yang berkaitan dengan warna. yakni, di kota London, ada sebuah jembatan bernama "Black Freire" yang terkenal dengan sebutan "jembatan bunuh diri". Julukan ini diberikan karena banyaknya kasus bunuh diri yang dilakukan di atas jembatan tersebut. Untuk mengubah citra buruk ini, pemerintah setempat mengganti warna jembatan yang semula berwarna cokelat tua menjadi hijau terang. Ternyata setelah penggantian warna ini, angka bunuh diri di jembatan tersebut menurun drastis.

Keunikan-keunikan dampak warna hijau di atas disebabkan medan mata untuk memandang warna hijau lebih kecil daripada medan pandang warna-warna lainnya. Panjang gelombang warna hijau juga sedang, tidak sepanjang warna merah dan tidak sependek warna biru.

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Hijau
Cewek ini adalah tipe yang sangat romantis, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Seseorang yang selalu memegang prinsip. Meski ujung-ujungnya prinsip itu yang akan menghancurkan mereka. Dalam hal bercinta mereka mengidam-idamkan pria yang penuh toleransi dan dapat dipercaya. Itu karena prinsip yang mereka punya harus kamu ikuti sebagai orang yang mencintai dia.

Kapan dipakai warna hijau: Warna hijau cocok dipakai untuk sore hari. Sedangkan hijau pastel cocok untuk siang hari.

PHIRUS
Warna phirus memberi arti perlindungan, sembuh, rohani, kewanitaan dan cemburu.

PERAK
Warna perak memberi arti anggun, glamour, tinggi, tidak tulus dan pengkhayal.

Perpaduan Warna Hangat dan Warna Sejuk

UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Warna ungu memiliki arti positif kerohanian, kebangsawanan, ambisi, ningrat dan kemewahan. Sifatnya sedikit kurang teliti, penuh misteri, kemurungan, kegaiban tetapi selalu penuh harapan.

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Ungu
Kalo cewe penyuka warna ungu adalah tipe yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan mereka tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan wanita tersebut adalah yang terbaik. Mereka pandai dalam mengikuti perkembangan jaman.

Warna-warna Lain

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Putih
Mereka adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, (Meski  kita semua tau, ngga ada yang sempurna) banyak orang mengagumi wanita itu karena sifatnya yang anggun, sifat idealis dan moral mereka yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang membutuhkan bantuan.

HITAM
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kedukaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerusakkan dan kepunahan.
 Akan tetepi Hitam juga bisa memberi arti Elegan, kuat, sophisticated, untuk menyatakan sesuatu yang abadi, klasik, dan secara universal dianggap sebagai warna yang melangsingkan.

Sifat dan karakter cewek penyuka Warna Hitam
Mereka termasuk tipe orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Kalo mereka berada di lingkungan yang tidak disukai, maka mereka akan menjadi murung. Jadi jauhkan dia dari tempat yang dia tidak suka. Wanita itu selalu tampil menarik, terus rapi, cukup banyak pria berusaha mengejar dan merebut cintanya.

Kapan dipakai warna hitam: Khawatir Anda akan memakai gaun dengan warna sama dalam pesta? Tambahkan sedikit keceriaan, misalnya gunakan perona mata cerah, kalung bebatuan, cat kuku warna merah, atau stiletto warna silver. Warna hitam mudah dipadukan dengan aksesori jenis apa pun.

ABU-ABU
Warna ini tidak menunjukkan arti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung netral. Tetapi warna abu-abu bisa memberi arti Serius, bisa diandalkan dan stabil. Warna abu-abu adalah warna alam. Di alam, warna abu-abu merupakan warna yang permanen, misalnya batu atau karang.

Kapan dipakai: "Abu-abu adalah warna yang kuat dan praktikal." Saat wawancara kerja, pilih busana warna ini untuk menunjukkan Anda orang yang bertanggung jawab. Tapi bila warna ini dipakai dari atas hingga ke bawah Anda akan dianggap orang yang membosankan. Beri sentuhan warna lain, misalnya atasan bercorak, sepatu cantik, atau anting-anting yang manis.

COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


NAMUN...................................
SEKALIPUN WARNA YANG KAMU GEMARI ITU DITAFSIRKAN SEDEMIKIAN RUPA..HARUS DI INGAT!! JANGAN JADIKAN IA SEBAGAI SATU KETETAPAN DALAM KEHIDUPAN..ANGGAPLAH IA SEBAGAI ILMU YANG BOLEH DIUBAH MENGIKUT INDIVIDU ITU SENDIRI!!