1. Ambil 10-30 minit
berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.
2. Duduk dalam diam
(bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
3. Apabila anda bangun
pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.
4. Makan lebih banyak
makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.
5. Minum air dengan
banyak.
6. Cuba untuk
membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.
7. Jangan buang tenaga
yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang
negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga
anda pada perkara-perkara yang positif.
8. Bersarapan seperti
raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti
kanak-kanak.
9. Hidup ini
adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.
10. Hidup ini terlalu
singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!
11. Jangan terlalu
serius pada diri sendiri. Relaks.
12. Anda tidak perlu
menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.
13. Berdamailah dengan
masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.
14. Jangan bandingkan
kehidupan anda dengan orang lain.
15. Tiada siapa yang
bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri.
16. Jangan mengulangi
kesilapan masa lampau.
17. Bantu golongan
yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.
18. Apa yang orang
lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!
19. Masa yang akan
menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.
20. Walau baik atau
buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.
21. Kerjaya anda tidak
akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi
sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.
22. Hasad dengki
adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!
23. Setiap malam
sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda
telah capai pada hari tersebut!
24. Ingatlah bahawa
hidup anda sangat diberkati.
25. Memaafkan diri
sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.
26. Fikirkan yang
baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.
27. Bersyukur untuk semua
perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.
28. Sentiasa gembira
dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.
29. Sentiasa
memperbaiki kelemahan diri.
30. Kongsikan tips ini
kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda.
No comments:
Post a Comment